ARBAR KOMITED ENTERPRISE (MA 016 6102 M) adalah sebuah entiti perniagaan berkaitan pembinaan, bekalan dan perkhidmatan yang mana ekuiti pemilikannya dimiliki sepenuhnya oleh bumiputra tempatan. Perniagaan ini telah didaftarkan pada 9 Jan 2012 mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pind 1978). Perniagaan ini telah dimulakan secara kecil – kecilan daripada rumah kediaman dan mempunyai kemudahan SOHO yang lengkap. Selepas beberapa tahun, perniagaan ini telah mendapatkan premis tetap dan menjadi pengkalan kepada operasi melibatkan negeri Melaka dan Selangor. Sebelum syarikat ini melaksanakan kerja – kerja pembinaan, bekalan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kontraktor Tempatan Berlesen (Kerja – Kerja Sub). Perniagaan ini mempunyai identiti tersendiri dan sentiasa memastikan tawaran bagi sesuatu projek yang diterima dapat dilaksanakan dengan sempurna, berkualiti serta mengikut piawaian kebangsaan. Sebagai sebuah perniagaan bumiputera yang beroperasi di negeri Melaka dan Selangor, AKE sentiasa mencari peluang dan ruang dalam bidang pembinaan, perbekalan dan perkhidmatan dan pelbagai aktiviti komuniti yang berkaitan bagi menyahut cabaran Program Pembangunan Sosio Ekonomi Veteren – Angkatan Tentera Malaysia – Tidak Berpencen yang telah dilancarkan pada 13 Sept 2012 yang lalu oleh Menteri Pertahanan Malaysia.